Persoalan Niat, Guru dan Ilmu dalam Belajar: Suatu Analisis terhadap MSS 2906(B) Tibyān al-Marām

Issues Regarding Intention, Teacher and Knowledge in Learning: An Analysis of MSS 2609(B) Tibyān al-Marām


Total Views: 509 | Total Downloads: 259

Authors

  • Mohd Anuar Mamat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

DOI:

https://doi.org/10.33102/jqss.vol5no1.98

Keywords:

Adab Belajar, Kurikulum Pendidikan Islam, Guru, Tibyān al-Marām, Kajian Manuskrip.

Abstract

Issues regarding intention in learning are fundamental in Islamic Education tradition of Malay Archipelago, however, remain unsettled among the community. The misconception about intention, selection of teachers and knowledge are exacerbated by the emergence of various thoughts that aiming for material, usefulness and pridefulness in learning. Therefore, this article will discuss the issues regarding intention, selection of teachers and knowledge in learning according to Malay manuscripts, the MSS 2906(B) Tibyān al-Marām Ṭalibah al-Ṭalabah. This manuscript is selected because it was the only manuscript that specifically and comprehensively discussing about Islamic education in Malay Archipelago. This research applied qualitative method and content analysis of Malay manuscript MSS 2906(B). Based on the analysis of this manuscript, it can be concluded that the most important intention in learning is solely to seek the pleasure of Allah on top of other ukhrawi and duniawi related purposes. This book also emphasizes the importance of correct selection of teachers, knowledge and books in learning process. There are several teacher attributes and four categories of knowledge needed in learning process. This study is expected to provide solution to the issues and confusion among the community including students regarding the concept of intention in Islamic education as well as selection of teachers and knowledge in learning. This study also will explore the other research related to Islamic education in the heritage of the Malay-Muslim community.

 Keywords: Rules of conduct in learning; Islamic education curriculum, Teacher, Tibyān al-Marām, Manuscript studies

Abstrak

 Persoalan niat dalam belajar merupakan perkara paling asas dalam tradisi Pendidikan Islam Alam Melayu. Namun begitu, ia masih lagi mengundang kekeliruan dalam kalangan masyarakat tentang tujuan seseorang itu belajar. Kekeliruan ini bertambah serius dengan kemunculan beberapa faham asing yang menyempitkan tujuan belajar dan menjelaskan usaha tersebut adalah untuk tujuan material, gunaan dan kebanggaan. Begitu juga kekeliruan berlaku dalam aspek pemilihan guru dan ilmu. Walhal semua aspek ini amat penting dan ia banyak mempengaruhi kejayaan seseorang pelajar. Justeru, artikel ini akan membincangkan persoalan niat dan ketepatan pemilihan guru dan ilmu dalam belajar menurut salah satu manuskrip Melayu, iaitu MSS 2906(B) Tibyān al-Marām Ṭalibah al-Ṭalabah. Pemilihan manuskrip ini disebabkan ia merupakan satu-satunya manuskrip khusus dan ekstensif yang membicara pendidikan Islam Alam Melayu. Kajian ini mengaplikasi metode kualitatif dengan melakukan analisis mendalam terhadap kandungan teks manuskrip Melayu MSS 2906(B). Berdasarkan analisis kandungan tersebut, dapat disimpulkan bahawa niat yang paling utama dalam belajar ialah memperoleh reda Allah SWT di samping tujuan berkaitan ukhrawi dan duniawi yang lain. Begitu juga, kitab Tibyān al-Marām menegaskan bahawa para pelajar perlu memberi perhatian dan membuat pemilihan guru, ilmu dan kitab yang tepat dalam mengikuti proses belajar. Terdapat beberapa atribut guru yang perlu diperhatikan oleh para pelajar dan empat kategori ilmu yang perlu dijadikan asas semasa memilih ilmu yang ingin dipelajari. Dengan adanya kajian ini diharapkan dapat menyumbang kepada penyelesaian masalah dan kekeliruan dalam kalangan masyarakat dan pelajar tentang tujuan sebenar pendidikan Islam serta pemilihan guru dan ilmu semasa pengajian. Artikel ini juga selanjutnya akan meneroka pelbagai kajian lanjutan berkaitan pendidikan Islam dalam khazanah warisan masyarakat Melayu-Islam.

Kata kunci: Adab Belajar, Kurikulum Pendidikan Islam, Guru, Tibyān al-Marām, Kajian Manuskrip

References

A.L. Tibawi. (1972). Islamic Education: Its Traditions and Modernization into the Arab National Systems, London: Luzac & Company Ltd

Abū Ḥāmid al-Ghazālī, Muḥammad bin Muḥammad. (1999). Iḥyā’ ‘Ulūm al-Dīn, ed. Jamal Maḥmūd & Muḥammad Sayyid, Kaherah: Dār al-Fajr li al-Turāth.

Al-Bazārī, Ismā‘īl bin ‘Uthmān bin Bakr bin Yūsuf. (t.t.). Tafhīm al-Mutafahhim Sharḥ Ta‘līm al-Muta‘allim. Daghastan: Dār al-Risālah.

Al-Tirmīdhī, Muḥammad bin ‘Īsā. (1996). Jāmi’ al-Ṣaḥīḥ. Ed. Al-Albānī. Riyad: Maktabah al-Ma’ārif.

Al-Zarnūjī, Burhān al-Dīn. (1986). Ta‘līm al-Muta‘allim Ṭarīq al-Ta‘allum, ed. Muṣṭafā ‘Āshūr, Kaherah: Būlāq.

Anonim. Bab al-Adab.(MSS2906A). Kuala Lumpur: PNM.

Anonim. Tibyān al-Marām Ṭalibah al-Ṭalabah. (MSS2906B). Kuala Lumpur: PNM.

Bahagian Profesionalism Guru. (2019). Standard Guru Malaysia 2.0. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Biddle, Michaelle (2017). “New Strategies in Using Watermarks to date Sub-Saharan Islamic Manuscripts”, dalam The Arts and Crafts of Literacy: Islamic Manuscript Cultures in Sub-Saharan. ed. Andrea Brigaglia & Mauro Nobili, Berlin: de Gruyter.

Deroche, Francois, et.al. (2006). Islamic codicology: an introduction to the study of manuscripts in Arabic script. London: Al-Furqan Islamic Heritage Foundation.

Ding Choo Ming. (2003). Kajian manuskrip Melayu: Masalah, kritikan dan cadangan. Kuala Lumpur: Utusan Publications.

Gori, Alessandro, Regourd, A., Brown, J.R. & Delamarter, S. A. (2014), Handlist of the Manuscripts in the Institute of Ethiopian Studies Volume Two: The Arabic Materials of the Ethiopian Islamic Tradition, Oregon: Pickwick Publications.

Harun Mat Piah, et.al. (2010). Traditional Malay Literature. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ibn Jamā‘ah al-Kinānī, Ibrāhim Bin Aḥmad. (t.t.). Tadhkirah al-Sāmi‘ wa al-Mutakallim fi Adab al-‘Ālim wa al-Muta‘allim, ed. ‘Abd al-Amīr Shams al-Dīn, Beirut: al-Sharkah al-‘Ālamiyyah li al-Kitāb.

Ibn al-Jawzī. (1992). Laffat al-kabad fi naṣīḥat al-walad, ed. Ashraf bin 'Abd al-Maqṣūd. Isma'iliyyah: Maktabah al-Imām al-Bukhārī.

Ibn Mājah, Muḥammad bin Yazīd. (1996). Ṣaḥīḥ Sunan Ibn Mājah. Ed. Al-Albānī. Riyad: Maktabah al-Ma’ārif.

Ismā‘īl Bāshā al-Baghdādī. (1955). Hadiyyah al-‘Ārifīn: Asmā’ al-Mu’allafīn wa Āthār al-Muṣannafīn, Beirut: Dār Iḥyā’ al-Turāth al-‘Arabī.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Khayr al-Dīn al-Zirkilī. (1999). al-Aʿlām, Beirut: Dār al-ʿIlm li al-Malāyīn.

M.Mustaqim Mohd Zarif & Mohd Anuar Mamat. (2018). Bab al-adab (MSS2906A): Analisis dan transliterasi beranotasi sebuah nazam mengenai adab belajar. Jurnal Filologi Melayu, 25, 132-152.

M.Mustaqim Mohd Zarif. (2016). "Peranan Ulama dalam Pembangunan Keintelektualan Melayu: Perspektif Sosio-Sejarah", kertas kerja Konvensyen Nasional Penyatuan Bangsa: Menyingkap Perjuangan Bangsa. Shah Alam: UiTM, (8-10 Nov2016), h. 1-22.

Mohd Anuar Mamat & Che’ Razi Jusoh. (2020). “Konsep Asas dan Pembahagian Ilmu Menurut Manuskrip Melayu: Suatu Penelitian terhadap MSS 2906(B) Tibyān al-Marām”, AFKAR, isu khas (2), h. 1-44.

Mohd Anuar Mamat. (2016). Pemikiran Pendidikan Imam Abū Ḥanīfah: Kitab al-‘Alim wa al-Muta‘allim. Kuala Lumpur: CASIS & HAKIM.

Mohd Anuar Mamat. (2017). “Manuskrip Melayu dalam Bidang Pendidikan Islam: Suatu Kajian Awal di Perpustakaan Negara Malaysia”, Jurnal Islam dan Masyarakat Kontemporari, bil.15, h. 66-88.

Mohd Asmadi Yakob. (2018). Keintelektualan Melayu dalam manuskrip dan kitab jawi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Perpustakaan Negara Malaysia. (2003). Katalog Manuskrip Melayu Koleksi Perpustakaan Negara Malaysia, Tambahan Ketiga, Kuala Lumpur: PNM.

Rosnani Hashim. (2010). Reclaiming the Conversation: Islamic Intellectual Tradition in the Malay Archipelago. Kuala Lumpur: The Other Press.

Sebastian Gunther. (2005). Ideas, Images, and the Methods of Portrayal: Insights into Classical Arabic Literature and Islam. Leiden: Brill, 2005.

Siti Hawa Salleh. (2010). Malay Literature of the 19th Century, terj. Quest Service. Kuala Lumpur, ITNM.

Wan Mohd Nor Wan Daud. (1998). The Educational Philosophy and Practice of Syed Muhammad Naquib al-Attas: An Exposition of The Original Concept of Islamization, Kuala Lumpur: ISTAC.

Wan Mohd Nor Wan Daud. (2017). Peranan Universiti: Pengislaman Ilmu Semasa, Penafibaratan dan Penafijajahan. Kuala Lumpur: CASIS.

Wan Mohd Nor Wan Daud. (2019). Budaya Ilmu: Makna dan Manifestasi dalam Sejarah dan Masa Kini. Kuala Lumpur: CASIS.

Wan Suhaimi Wan Abdullah. (2002). “Falsafah Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Islam: Suatu Analisis Karya al-Zarnujī”. AFKAR, 3 (1), h. 155-175.

Yaḥyā Ḥasan ‘Alī Murād. (2003). Ᾱdāb al-‘Ᾱlim wa al-Muta‘allim inda al-Mufakkirīn al-Muslimīn, Beirut: Dar ak-Kutub al-‘Ilmiyyah.

Zurakintan Abdul Razak & Che Ibrahim Salleh. (2015). “Pemikiran Melayu tentang Ilmu dan Adab dalam Puisi Melayu Tradisional” Jurnal Antarabangsa Alam dan Tamadun Melayu (Iman) 3 (2), 121-129.

Published

2021-06-01
CITATION
DOI: 10.33102/jqss.vol5no1.98
Published: 2021-06-01

How to Cite

Mamat, M. A. (2021). Persoalan Niat, Guru dan Ilmu dalam Belajar: Suatu Analisis terhadap MSS 2906(B) Tibyān al-Marām: Issues Regarding Intention, Teacher and Knowledge in Learning: An Analysis of MSS 2609(B) Tibyān al-Marām. Journal of Quran Sunnah Education & Special Needs, 5(1), 165-177. https://doi.org/10.33102/jqss.vol5no1.98

Issue

Section

Articles