Online Tadarus Quran Tanpa Suara (Online TTS): Cabaran Komuniti OKU Pekak

Online Quranic Tadarus Without Voice: The Challenges of the Deaf Community


Total Views: 626 | Total Downloads: 607

Authors

  • Siti Ramna Khamaruddin Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  • Nurul Asiah Fasehah Muhamad Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  • Norakyairee Mohd Raus Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

DOI:

https://doi.org/10.33102/jqss.vol5no2.147

Keywords:

Cabaran, Tadarus Quran, Tanpa Suara, OKU Pekak, Kod Tangan Quran, Challenge, Deaf, Quran Hand Code

Abstract

Tadarus is a group Quran recitation activity that is usually carried out during the month of Ramadan. Although Ramadan is this time during the pandemic season, this activity is still actively being continued online. This situation is no exception for the deaf community. Taking inspiration to provide opportunities and space for them to participate with the Quran, using methods that celebrate their strength and learning disabilities, an online tadarus program called Online Tadarus Suara (Online TTS) was conducted using google meets platform. Therefore, this study aims to explore the challenges faced by the deaf community in the programme. The methodology used is the analysis of documents by analyzing the current reports of each facilitator on a daily basis and the feedback provided through the Google Form forms provided. In addition, researchers also perform observations to every TTS Online class recording on a daily basis. The findings showed that participants were able to participate in the TTS Online session well despite several challenges that could be categorised into two parts, namely internal and external challenges such as weaknesses in mastering Quran Hand Code, time and internet network access. However, it is hoped that this Quranic service will bring deaf people closer to the miracle of the Quran by celebrating the learning disability of this community based on visual strength.

Abstrak

Tadarus merupakan aktiviti pembacaan Quran secara berkelompok yang lazimnya dilakukan sewaktu bulan Ramadan. Walaupun Ramadan pada kali ini dalam musim pandemik, aktiviti ini masih giat diteruskan secara atas talian. Keadaan ini tidak berkecuali bagi komuniti OKU Pekak. Mengambil inspirasi untuk memberikan peluang dan ruang seluasnya bagi mereka turut serta berdamping dengan Quran, menggunakan kaedah yang meraikan kekuatan dan kelainan upaya belajar mereka, maka sebuah program tadarus secara atas talian iaitu Online Tadarus Tanpa Suara (Online TTS) telah dijalankan menggunakan platform Google Meets.Oleh yang demikian, kajian ini berhasrat untuk meneroka cabaran yang dihadapi oleh komuniti OKU Pekak dalam program tersebut. Metodologi yang digunakan ialah analisis dokumen dengan menganalisis laporan semasa setiap fasilitator  pada setiap hari dan maklum balas yang diberikan melalui borang Google Form yang disediakan. Selain itu,  pengkaji juga melakukan pemerhatian  kepada setiap rakaman kelas Online TTS  yang dilakukan pada setiap hari.  Dapatan kajian menunjukkan peserta mampu mengikuti sesi sesi Online TTS dengan baik walaupun terdapat beberapa cabaran yang boleh dikategorikan kepada dua bahagian iaitu cabaran dalaman dan luaran seperti kelemahan menguasai KTQ, masa dan capaian rangkaian internet. Walau bagaimanapun, diharapkan khidmat Quran ini mampu mendekatkan OKU Pekak dengan mukjizat al-Quran dengan meraikan kelainan upaya belajar komuniti ini berasaskan kekuatan visual.

 

References

Al-Quran

Ahmad Ibn Hanbal Abi Abdullah al-Syaibani (1994), Musnad Ahmad, Beirut: Dar Ahya al-Kutub al-Arabiyyah

Ahmad Sanusi Azmi (2021), Hadis 40 tentang OKU, Yayasan Magfirah.

Norakyairee, M., & Nurutthoilah, M. (2017). Model dan Kurikulum Pendidikan al-Quran Holistik bagi OKU. Journal of Quran Sunnah Education & Special Needs.

Siti Ramna, K., & Nurul Asiah Fasehah, M. (2021). Keberkesanan Kaedah Tahfiz Akhyar dalam Meningkatkan Tahap Penguasaan Hafazan Quran bagi Remaja Pekak. Journal of Quran Sunnah Education & Special Needs.

Syar Meeze, M., Mohd Hanafi, M., & Noraidah , S. (2017, November). Penggunaan Bahasa Isyarat Malaysia di dalam Terjemahaman Maksud Surah al-Fatihah. Gema Online: Journal of Language Studies, 17(4), 209-224.

Published

2021-12-01
CITATION
DOI: 10.33102/jqss.vol5no2.147
Published: 2021-12-01

How to Cite

Khamaruddin , S. R. ., Muhamad, N. A. F. ., & Mohd Raus, N. . (2021). Online Tadarus Quran Tanpa Suara (Online TTS): Cabaran Komuniti OKU Pekak: Online Quranic Tadarus Without Voice: The Challenges of the Deaf Community. Journal of Quran Sunnah Education & Special Needs, 5(2), 137-154. https://doi.org/10.33102/jqss.vol5no2.147

Issue

Section

Articles