Tahap Pengetahuan Islam dan Penghayatan Akhlak Pelajar Semester 1, Satu Kajian di Politeknik Banting Selangor


Total Views: 1399 | Total Downloads: 702

Authors

  • Nor Hayati Fatmi Talib Politeknik Banting Selangor
  • Adibah Hasanah Abd Halim Politeknik Banting Selangor
  • Bani Hidayat Mohd Shafie IPG Kampus Pendidikan Islam Bangi, Selangor

DOI:

https://doi.org/10.33102/jqss.vol2no2.14

Keywords:

Pengetahuan, Penghayatan, Pendidikan Islam, Akhlak

Abstract

Students who enter polytechnics system are students who have completed their formal education at primary and secondary level. These students have been exposed to Islamic education including KAFA (Fardhu Ain Basic Course). This study aims to look at Islamic Education knowledge level in the aspect of Faith, Shari’a, Muamalat and appreciation of morality through 11 years of schooling. This study was carried out involving a total of 104 students in the first semester. This study used questionnaire by Ab Halim et al. (2011) and analyzed using SPSS 18.0 in a descriptive and inferential manner. This study discovers that the extent to all aspects studies is high, namely Faith at the mean score of 4.31 (sp=0.28), Shari’a at the mean score of 4.41 (sp=0.38) and Muamalat at the mean score of 4.31 (sp=0.38). The degree of morality appreciation is also at a high level at the mean score of 4.29 (sp=0.40). All aspects being studied also has a significant relationship with the appreciation of morality which is a strong relation to the aspect of Faith r=.578 and Muamalat r=.528, meanwhile Shari’a has a moderate strong relation r=.437. This study shows a good level of knowledge among the students and all aspects studied and directly related to students’ behavioral appreciation. It is recommended that the knowledge of education in Islam can be enhanced in education system of Polytechnics by emphasizing the aspect of appreciation and using it as a living practice. This is at the same time enhancing morality as it is interconnected.

Abstrak

Pelajar yang memasuki sistem politeknik adalah pelajar yang telah melalui pendidikan formal di peringkat sekolah  rendah  dan  menengah.  Pelajar ini  diberikan  banyak  pendedahan  terhadap  Pendidikan  Islam termasuk  KAFA  (Kursus  Asas  Fardhu  Ain).  Tujuan  kajian  ini  adalah  untuk  melihat  tahap  pengetahuan Pendidikan  Islam  aspek  Akidah,  Syariat  serta  Muamalat  dan  penghayatan  akhlak  setelah  melalui  alam persekolahan  selama  11  tahun.  Kajian  berbentuk  tinjauan  ini  melibatkan  keseluruhan  populasi  pelajar semester 1 seramai 104 orang. Kajian  ini menggunakan  instrumen soal selidik Ab Halim et al. (2011) dan dianalisis menggunakan SPSS 18.0 secara deskriptif dan inferensi. Kajian mendapati tahap kesemua aspek yang dikaji adalah tinggi iaitu Akidah pada skor min 4.60 (sp=0.28), Syariat pada skor min 4.41 (sp=0.38) dan aspek Muamalat pada skor min 4.31 (sp=0.38). Tahap penghayatan akhlak juga secara keseluruhannya berada pada tahap tinggi  iaitu pada skor Min 4.29 (sp=0.40). Kesemua aspek yang dikaji  juga mempunyai hubungan yang signifikan dengan penghayatan akhlak iaitu hubungan yang kuat bagi aspek Akidah r=.578 dan  Muamalat  r=.528,  manakala  Syariat  mempunyai  hubungan  yang  sederhana  kuat  iaitu  r=.437.  Kajian menunjukkan  tahap  pengetahuan  yang  baik  dalam  kalangan  pelajar  dan  kesemua  aspek  yang  dikaji  dan berkait  langsung  dengan  penghayatan  akhlak  pelajar.  Disarankan  agar  pengetahuan  Pendidikan  Islam digarapkan  lagi  dalam  sistem  pendidikan  di  politeknik  dengan  menekankan  aspek  penghayatan  serta menjadikannya  sebagai  amalan  dalam  kehidupan.  Ini  sekaligus  lebih  memantapkan  penghayatan  akhak kerana ianya saling berkait.

 

References

Ab Halim Tamuri. 2011. Penghayatan Islam Melalui Amalan Pengajaran dan Pembelajaran. Kertas kerja dibentangkan dalam Kongres Pendidikan Kebangsaan 2011 di Hotel Dynasty Kuala Lumpur anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia pada 4-7 Disember

Asnuurien Najma Ahmad & Azlin Nurhaini Mansor. 2013. Pengaruh Personaliti Guru Pendidikan Islam Terhadap Pembentukan Peribadi Murid. Kertas kajian yang dibentangkan dalam Conference on School Structure and Teacher Competence, Duties & Character (ReCSTeC 2013) anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia di Equatorial Hotel Bangi pada 27-28 Jun

Asmawati Suhid. 2005.Pemantapan Komponen Akhlak Dalam Pendidikan Islam Bagi Menangani Era Globalisasi. Universiti Teknologi Malaysia.

Azizah Mat Rashid, Nor 'Adha Binti Abdul Hamid & Norul Huda Binti Bakar. 2015. Krisis Akhlak: Penguatkuasaan Undang-Undang Sebagai Benteng Menanganinya. E–Jurnal Penyelidikan Dan Inovasi. JILID II, ISU I (2015) 1–18

Baharom Mohamad, Ali Suradin & Za’aba Helmi Khamisan. 2008. Peranan Pendidikan Islam Dan Pendidikan Moral Dalam Membina Sahsiah Pelajar Berkualiti. Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2008, Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober

Cohen, J. W. 1988. Statistical Power Analysis for the Behavior Sciences(2ndedn). Hillsdale, NJ: Lawrence Erlbaum Associates.

Krejcie, Robert. V., Morgan, dryle. W. 1970. Determining Sample Size for Research Activities, Educational and Psychological Measurement.The NEA Research Bulletin, Vol. 38 p.99

Mohd Khairi Shafie & Mohamad Khairi Haji Othman. 2016. Kefahaman Dan Pengamalan Akhlak Dalam Kalangan Pelajar Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah. International Seminar on Generating Knowledge Through Research, UUM-UMSIDA, 25-27 October 2016, Universiti Utara Malaysia, Malaysia. 663-676.

Muhamad Suhaimi Taat, Mohd Yusof Abdullah, Baharom Mohamad, Roslee Talip, Abdul Said Ambotang & Shukri Zain. 2011. Guru Sebagai Pembimbing Pembentuk Sahsiah Pelajar. Utusan Borneo, 27 April 2011. Dicapai pada 7 Disember 2016 dalam http://eprints.ums.edu.my/2910/1/nc0000000477.pdf

Muhamad Suhaimi Taat & Mohd Yusof Abdullah. 2014. Impak Pengajaran Dan Bimbingan Guru Pendidikan Islam Terhadap Motivasi Dan Pembelajaran Terarah Kendiri Pelajar.Jurnal Pemikir Pendidikan (Journal for Educational Thinkers) Vol. 5; 1-17,

Norasmah Othman. 2001. Keberkesanan Program Keusahawanan Remaja Di Sekolah Menengah. Tesis Ph. D. Universiti Putra Malaysia.

Nurzatil Ismah Azizan, Nazneen Ismail, Sahlawati Abu Bakar, Zanariah Dimon & Asma’ Wardah Surtahman. 2015. Permasalah Sosial Dalam Kalangan Remaja Di Selangor: Satu Tinjauan. Prosiding. Seminar Antarabangsa Akidah, Dakwah dan Syariah 2015(IRSYAD2015). Kuala Lumpur, 12 –13 Oktober

Rohana Hamzah, Tengku Norzaini Tengku Ibrahim, Sarimah Ismail & Ros Eliana Ahmad Zuki. 2013. Pembangunan Jiwa Pendidik dalam Kalangan Bakal Pendidik. Jurnal Teknologi61:1. Penerbit UTM Press; hlm 27-31.

Sanger, D., Spilker, A. Williams, N. & Belau, D. 2007. Opinions Of Female Juvenile Delinquents On Communication, Learning And Violence. Journal of Correctional Education58(1): 69-92.

Seri Kartini Jurami & Fariza Md Sham. 2013. Pengamalan Ajaran Islam dalam Kalangan Pelajar Politeknik Ungku Omar, Ipoh. ISLAMIYYAT35(1) 2013: 29 –38

Published

2018-12-01
CITATION
DOI: 10.33102/jqss.vol2no2.14
Published: 2018-12-01

How to Cite

Talib, N. H. F., Abd Halim, A. H., & Mohd Shafie, B. H. (2018). Tahap Pengetahuan Islam dan Penghayatan Akhlak Pelajar Semester 1, Satu Kajian di Politeknik Banting Selangor . Journal of Quran Sunnah Education & Special Needs, 2(2), 1-13. https://doi.org/10.33102/jqss.vol2no2.14

Issue

Section

Articles