Kompetensi Profesional Guru Pendidikan Islam Dalam Pengajaran Tilawah Al-Quran Bagi Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) Pendengaran

Professional Competency of Islamic Education Teachers in Teaching Quranic Recitation to Students with Hearing Impairments

Authors

  • Syar Meeze Mohd Rashid Universiti Kebangsaaan Malaysia (UKM)
  • Nurnisa Raihana Mohd Jamil Universiti Kebangsaaan Malaysia (UKM)

DOI:

https://doi.org/10.33102/jqss.vol9no1.261

Keywords:

Competency, Islamic Education Teachers, Hearing Impaired Students, Kompetensi Guru, Guru Pendidikan Islam, Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Pendengaran

Abstract

The teaching of Quranic recitation is a vital component of the teaching and learning process in Islamic Education subjects across schools in Malaysia, including those offering the Special Education Integration Program (PPKI) for students with special educational needs (SEN), specifically those with hearing impairments. However, previous studies have identified various issues in teaching Quranic recitation to hearing-impaired students, such as low student achievement and limited teacher skills in delivering effective instruction. This study aims to explore the implementation of Quranic recitation teaching for hearing-impaired SEN students based on the competency of Islamic Education teachers, encompassing aspects of current teaching practices, knowledge, skills, and attitudes. This study employed a qualitative case study design using semi-structured interview methods. A total of five Islamic Education teachers who teach hearing-impaired students were selected as participants through purposive sampling. The data were analysed descriptively through coding and thematic categorisation. The findings revealed that Islamic Education teachers possess a sufficient level of competency in teaching Quranic recitation to hearing-impaired students and are capable of positively impacting students' understanding and mastery of the lesson content. The study recommends that continuous professional development be provided to teachers to strengthen their knowledge and teaching skills, alongside the development of more suitable teaching aids tailored to the needs of hearing-impaired students. The study also suggests that the Islamic Education curriculum for hearing-impaired SEN students be reviewed to ensure it is more learner-friendly and responsive to the actual teaching context.

Keywords: Competency, Islamic Education Teachers, Hearing Impaired Students

Abstrak

Pengajaran tilawah al-Quran merupakan elemen penting dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) subjek Pendidikan Islam di sekolah-sekolah seluruh Malaysia, termasuk sekolah yang menawarkan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) bagi murid berkeperluan pendidikan khas (MBPK) pendengaran. Namun begitu, kajian lepas mendapati wujud pelbagai isu dalam pengajaran tilawah al-Quran kepada MBPK pendengaran, antaranya pencapaian murid yang rendah serta kekangan kemahiran guru dalam menyampaikan pengajaran secara berkesan. Kajian ini bertujuan untuk meneroka pelaksanaan pengajaran tilawah al-Quran kepada MBPK pendengaran berdasarkan kompetensi guru Pendidikan Islam yang merangkumi aspek amalan pengajaran semasa, pengetahuan, kemahiran dan sikap. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berbentuk kajian kes dengan kaedah temu bual separa berstruktur. Seramai lima orang guru Pendidikan Islam yang mengajar MBPK pendengaran dipilih secara persampelan bertujuan sebagai peserta kajian. Data dianalisis secara deskriptif melalui proses pengekodan dan pengkategorian tema. Hasil kajian menunjukkan bahawa guru Pendidikan Islam memiliki tahap kompetensi yang memadai dalam pengajaran tilawah al-Quran kepada MBPK pendengaran dan berupaya memberi impak terhadap pemahaman serta penguasaan isi pengajaran dalam kalangan murid. Kajian ini mencadangkan agar latihan berterusan diberikan kepada guru bagi memperkukuh pengetahuan dan kemahiran pengajaran, di samping penyediaan bahan bantu mengajar yang lebih sesuai dengan keperluan MBPK. Implikasi kajian turut menyarankan agar kurikulum Pendidikan Islam bagi MBPK pendengaran dikaji semula supaya lebih mesra keperluan murid dan responsif terhadap realiti pengajaran sebenar.

Kata kunci: Kompetensi, Guru Pendidikan Islam, Murid Berkeperluan Pendidikan Khas Pendengaran.



References

Ahmad, & Nelson Jinggan. (2015). Pengaruh kompetensi kemahiran guru dalam pengajaran terhadap pencapaian akademik pelajar dalam mata pelajaran sejarah. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 3(2).

Anis Shahirah Zulkifli, & Suziyani Mohamed. (2019). Tahap pengetahuan guru dalam mengurus tingkah laku murid berkeperluan khas (MBK). Jurnal Wacana Sarjana, 3(4).

Azarul Razamin Mat Said, Mustafa Che Omar, Najmiah Omar, & Mohd Allnurulhuda Ghazali. (2023). Meningkatkan pembangunan profesional dan kompetensi guru Kementerian Pendidikan Malaysia: Satu analisis kritis. Global Journal of Educational Research and Management (GERMANE), 3(1), 62–70.

Bahariah Ab. Rahman. (2021). Amalan pengajaran guru Pendidikan Islam bidang Tilawah al-Quran Program Pendidikan Khas Integrasi (ketidakupayaan pendengaran) [Tesis sarjana, Universiti Pendidikan Sultan Idris].

Chua, Y. P. (2014). Kaedah dan statistik penyelidikan: Asas statistik penyelidikan (Buku 2, Edisi Ketiga). McGraw-Hill Education.

Dahlan Pamuda, & Muhammad Sofwan. (2023). Kompetensi guru Matematik dalam pengajaran topik pecahan sekolah rendah. Jurnal Dunia Pendidikan, 5(1), 123–140.

Hamdi Ishak, Ab. Halim Tamuri, Rosadah Abdul Majid, & Safani Bari. (2012). Amalan pengajaran guru dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (masalah pendengaran). Journal of Islamic and Arabic Education, 4(2), 11–24.

Hanis Shariff, S. Q., & Khairuddin, K. F. (2024). Meneroka amalan guru prasekolah pendidikan khas tentang kesediaan sekolah murid berkeperluan pendidikan khas (prasekolah) ke program pendidikan inklusif tahun 1. Quran Sunnah Education & Special Needs, 8(2).

Hay/McBer. (1996). Scaled competency dictionary. Hay/McBer.

Izuli Dzulkifli. (2020). Pelaksanaan pengajaran Tilawah al-Quran bagi murid berkeperluan khas kurang upaya pendengaran di sekolah kebangsaan [Tesis sarjana, Universiti Kebangsaan Malaysia].

Izuli Dzulkifli, Asmawati Suhid, Fathiyah Fakhruddin, & Aniza Ahmad. (2020). Cabaran komunikasi dalam pengajaran Pendidikan Islam kepada murid kurang upaya pendengaran. International Journal of Islamic Thought, 18.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2011). Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas: Pendidikan Islam Masalah Pendengaran Tahun Dua. Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Lee, T. A., bin Mahayuddin, Z., Yuan, O. S., Mooi, O. Y., & Teng, N. L. (2021). Pengalaman pembimbing instruksional dan guru dalam proses bimbingan instruksional pentaksiran bilik darjah di sebuah sekolah rendah. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 18(2), 60–73.

Muhammad Sayuti Sabdan, Norlidah Alias, Mohd Yakub @ Zulkifli Mohd Yusoff, & Nazean Jomhari. (2020). Keperluan pembangunan modul pedagogi Surah al-Fatihah dan tiga Qul berasaskan teknologi untuk pelajar pekak di kolej vokasional. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 8(2), 13–26.

Muhammad Sayuti Sabdan, Norlidah Alias, Zulkifli Mohd Yusoff, & Nazean Jomhari. (2022). Pengajaran dan pembelajaran al-Quran terhadap pelajar pekak di kolej vokasional. Jurnal Isu Dalam Pendidikan, 44.

Norfariza Radzi, & Nur Fadhillah. (2018). Tahap kompetensi guru dalam pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi di Sekolah Kebangsaan Daerah Sepang, Selangor. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 6(4).

Norhasnira Ibrahim. (2017). Kemahiran pedagogi bagi guru Pendidikan Islam (Pendidikan Khas) dalam pengajaran al-Quran Braille. Seameo Regional Centre for Special Education Needs, 2, 488–498.

Norlidah Alias, Norli Siraj, Nazri Abd. Rahman, & Dorothy Dewitt. (2013). Homeschooling in Malaysia: The implications for teacher services. Malaysian Online Journal of Educational Management (MOJEM), 1(2), 10–18.

Norzi Mohd Yusoff, Khadijah Razak, & Adnan Derahman. (2022). Kompetensi guru Muslim berdasarkan Surah ar-Rahman ayat 1 hingga 4. Journal of Quran Sunnah Education.

Rashid, S. M. M., & Srafi, N. S. (2024). Cabaran golongan pekak dalam mempelajari Tilawah dengan menggunakan Kod Tangan Quran: The challenges faced by the deaf in learning Quranic recitation using Quran hand sign code. Journal of Quran Sunnah Education & Special Needs, 8(1), 91–101.

Razila Kasmin, Mohd Faiz Baharan, Noraizan Mohsin, Norliza Kila, & Mashita Abu Hassan. (2019). Amalan kualiti guru dalam kalangan guru Pendidikan Islam di sekolah kebangsaan. Journal of Management and Operation Research, 1(4).

Sayu Che Omar, Nik Hassan Bin Seman, Abdullah Yusoff, & Abdul Hakim Abdullah. (2015, Oktober 10–11). Kesukaran mengajar dan belajar al-Quran dalam kalangan pelajar pekak: Isu dan cabaran guru Pendidikan Islam. Kertas kerja dibentangkan dalam International Seminar on al-Quran in Contemporary Society, Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu.

Syed Jaafar Syed Ali. (2014). Kompetensi guru dalam pengajaran amali teknologi pembinaan di kolej vokasional [Tesis sarjana yang tidak diterbitkan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia].

Zaid Abd Samat, & Rosadah Abd Majid. (2020). Implikasi kaedah Tahfiz Akhyar terhadap pembelajaran dan pengajaran Surah al-Fatihah kepada murid pekak. Journal of Quran Sunnah Education and Special Needs, 4(2).

Zaiha Nabila Md Harun. (2019). Kompetensi guru dalam pengajaran amali reka bentuk dan teknologi di sekolah rendah Daerah Batu Pahat [Tesis sarjana yang tidak diterbitkan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia].

Downloads

Published

2025-06-01

How to Cite

Mohd Rashid, S. M., & Mohd Jamil, N. R. (2025). Kompetensi Profesional Guru Pendidikan Islam Dalam Pengajaran Tilawah Al-Quran Bagi Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) Pendengaran: Professional Competency of Islamic Education Teachers in Teaching Quranic Recitation to Students with Hearing Impairments. Journal of Quran Sunnah Education & Special Needs, 9(1), 83–95. https://doi.org/10.33102/jqss.vol9no1.261

Issue

Section

Case Study